Daisypath Wedding tickers

Friday, May 21, 2010

Watikah Pengantin Perempuan

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


WALIMATUL URUS


Dr. Abdul Shukor bin Ibrahim
&
Dr. Fatimahwati binti Adnan

Dengan penuh rasa bersyukur, berserta dengan keredhaan dan keizinan ALLAH s.w.t.
kami dengan segala hormatnya menjemput:

Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
____________________________________

Suami/isteri serta seisi keluarga hadir memeriahkan majlis perkahwinan puteri kami yang tercinta:

Balqis Asma Saidah binti Abdul Shukor

Bersama pasangannya

Muhamad Fitri bin Tokiran

Pada:

AHAD, 1 ogos 2010
Bersamaan 20 Sya'ban 1431 h

Bertempat di:

Dewan Cempaka Sari Silveritage Galleria,
Medan Gopeng,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis ini dan mendapat berkat serta sentiasa di bawah payungan ALLAH s.w.t.
amin.

Terima kasih dari kami seisi keluarga.

No. telefon untuk dihubungi:

Dr. Abdul Shukor bin Ibrahim- 017 5658848
Dr. Fatimahwati binti Adnan- 017 5866004
Rumah- 05 3133811

No comments:

Post a Comment

 

Design By:
Movass